Skip to main
Logo Malaysiakini

KPJ Healthcare Perbaharui Kerjasama dengan Yayasan OrphanCare

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") dengan berbesar hati mengumumkan pembaharuan Memorandum Kerjasama ("MoC") dengan Yayasan OrphanCare. Kerjasama ini mengukuhkan lagi dedikasi KPJ Healthcare dalam menyokong kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik, seiring dengan prinsip 'Care for Life'.

Pemeteraian MoC pertama antara KPJ Healthcare dan Yayasan OrphanCare telah ditandatangani pada tahun 2014, sewaktu di bawah naungan Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah yang merupakan Sultanah Pahang pada ketika itu. Berpegang teguh dengan matlamat ‘Every Child Needs a Family’, perjanjian kerjasama yang kali terakhir diperbaharui pada tahun 2020 ini merupakan sebahagian daripada usaha penting kami untuk menyokong kebajikan kanak-kanak.

Gambar di atas: [L-R] Dato' Mohamad Farid Salim, Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare menandatangani perjanjian MOC bersama Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Yayasan OrphanCare. Turut hadir sebagai saksi adalah Dr.Rafiza Mohamed Nazir, Ketua Tadbir Urus Klinikal KPJ Healthcare dan Noraini Hashim, Pemegang Amanah Yayasan OrphanCare.

Yayasan OrphanCare mula ditubuhkan pada tahun 2012 dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertujuan untuk menyelaraskan proses pengambilan anak angkat yang berkesan bagi memastikan bayi dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik ditempatkan bersama ibu bapa yang berkelayakan. Program KPJ Baby Hatch dan majlis menandatangani MoC pertama telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2014 bersaksikan oleh Cik Puan Besar Kalsom Abdullah.

Inisiatif program Baby Hatch yang telah dilancarkan di Hospital Pakar KPJ Ipoh ("KPJ Ipoh") pada tahun 2012 kini aktif di lima hospital pakar KPJ iaitu KPJ Ipoh, KPJ Damansara, KPJ Tawakkal, KPJ Seremban dan KPJ Perdana. Sehingga kini, seramai 46 bayi telah diserahkan sekaligus membuktikan keberkesanan inisiatif ini dalam menyediakan tempat selamat untuk bayi-bayi tersebut.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, berkata, "Pembaharuan kerjasama kami dengan Yayasan OrphanCare mencerminkan komitmen mendalam kami terhadap tanggungjawab sosial dan penjagaan yang mengutamakan pesakit. Program Baby Hatch merupakan inisiatif penting dalam menjamin keselamatan dan masa depan bayi-bayi ini. Bersama-sama OrphanCare, kami komited dalam menyediakan persekitaran yang baik untuk setiap kanak-kanak. Dengan menyokong misi mereka, kami dapat memastikan bahawa setiap bayi yang kurang bernasib baik mempunyai peluang untuk membesar bersama keluarga yang penyayang."

Majlis menandatangani perjanjian pada hari ini turut dihadiri oleh barisan wakil utama daripada kedua-dua organisasi, termasuk Dato' Mohamad Farid Salim, Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare; Dr.Rafiza Mohamed Nazir, Ketua Tadbir Urus Klinikal KPJ Healthcare; Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Yayasan OrphanCare; dan Noraini Hashim, Pemegang Amanah Yayasan OrphanCare.

KPJ Healthcare akan terus memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penuh belas ihsan dan prihatin terhadap pesakitnya untuk memberi kesan positif kepada mereka yang memerlukan.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.