Skip to main
Logo Malaysiakini

KPJ Healthcare Perkenal Nilai Bersama Baharu, Pacu Transformasi Budaya

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Sebahagian daripada komponen penting dalam perjalanan transformasi, KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") dengan berbesar hati memperkenalkan nilai bersama baharunya kepada semua warga kerja KPJ, yang menekankan budaya kerja mengutamakan pesakit selain memacu fokus kecemerlangan untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi.

Gambar di atas: Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, bergambar bersama pengurusan kanan KPJ Healthcare setelah menunjukkan nilai bersama baharu kepada semua kakitangan.

Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, bergambar bersama pengurusan kanan KPJ Healthcare di papa tanda nilai bersama baharu.

Nilai bersama baharu untuk memupuk transformasi budaya kerja cemerlang di KPJ kini dikenali dengan akronim C.A.R.E, yang membawa erti; Komitedberdedikasi untuk mencapai matlamat dan visi bersama; Bertanggungjawab bertindak dengan penuh integriti dan beretika ketika bekerja; Hormat-Menghormatiberbudi bahasa dalam menghargai kepelbagaian secara berhemah; serta Cemerlangmemberikan kualiti dan prestasi yang luar biasa.

Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, bergambar bersama semua kakitangan yang hadir ketika majlis menunjukkan nilai bersama baharu KPJ Healthcare.

Penerapan nilai-nilai tersebut adalah bagi membentuk tingkah laku dan budaya yang ingin dipupuk oleh KPJ Healthcare, sekaligus menjadi teras utama dalam mencapai matlamat menjadi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan pilihan utama para pesakit.

[L-R] Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, bersama Mohd Azhar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Selatan KPJ Healthcare melengkapkan puzzle moto KPJ Healthcare 'Care for Life'.

Terdahulu, KPJ Healthcare telah melaksanakan pelan perjalanan transformasi berdasarkan lima tonggak inisiatif utama – pengoptimuman aset, sumber pertumbuhan baharu, pengutamaan digital, penjenamaan semula dan transformasi budaya. Tiga inisiatif yang pertama sedang berjalan seperti yang dirancang, manakala pelan inisiatif untuk penjenamaan semula dan transformasi budaya akan dilaksanakan pada separuh tahun kedua 2024. Kumpulan kini bersedia untuk melancarkan jenama  baharunya pada 6 Ogos 2024, sekaligus melambangkan komitmen yang diperbaharui terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam sektor penjagaan kesihatan.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berucap kepada kakitangan ketika majlis berlangsung.

“Di KPJ Healthcare, nilai bersama baharu yang diperkenalkan mencerminkan dedikasi kami dalam menyediakan penjagaan cemerlang yang mengutamakan pesakit dan memupuk tempat kerja yang inklusif dan inovatif. Nilai ini lebih daripada sekadar kata-kata – ia adalah komitmen yang akan mendorong tindakan dan keputusan kita setiap hari. Ia juga merupakan sebahagian daripada proses pengurusan perubahan kami. Selain memberi keazaman untuk menjadi sebuah organisasi yang berprestasi tinggi, acara pada hari ini juga amat penting buat Warga KPJ untuk bersama-sama dalam meniti perjalanan ini." jelas Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad.

Bagi memastikan nilai-nilai ini diterapkan di seluruh organisasi, KPJ Healthcare akan melancarkan program latihan yang disasarkan khusus untuk barisan pengurusan dan seluruh warga kerja. Program-program tersebut akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penjagaan pesakit, kerja berpasukan, kepimpinan dan kemahiran menyelesaikan masalah secara beretika. Barisan pengurusan akan menunjukkan nilai-nilai ini secara aktif dan menggalakkan pasukan mereka melakukan perkara yang sama, sekaligus memperkukuh budaya yang diingini.

[L-R] Dato' Mohamad Farid Bin Salim, Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare; Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare and Mohd Khairul Izzad Bin Mohammed Shamsudin, Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare semasa sesi soal jawab bersama kakitangan di majlis tersebut.

Selain latihan, KPJ Healthcare turut membuat perubahan pada sistem dan prosesnya untuk menyokong nilai-nilai tersebut. Ini termasuk memperkenalkan sistem perisian canggih seperti ‘Workday’ untuk sistem sumber manusia, ‘ARIBA’ untuk sistem perolehan dan ‘nHIS’ untuk sistem maklumat penjagaan kesihatan. Penambahbaikan ini akan menyelaraskan operasi, meningkatkan ketelusan dan meningkatkan kerjasama dalam organisasi. 

KPJ Healthcare juga memperkenalkan standard prestasi baharu untuk mengiktiraf dan memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan, bertujuan untuk mewujudkan tenaga kerja yang bermotivasi dan berprestasi tinggi. Usaha ini akan memastikan KPJ Healthcare sentiasa Komited (Commited), Bertanggungjawab (Accountable), Hormat-menghormati (Respectful) dan terus Cemerlang (Excellent) dalam semua aspek operasinya.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.