Skip to main
Logo Malaysiakini

Perjalanan Transformasi KPJ Healthcare Diteruskan dengan Pelancaran Penjenamaan Semula, Menandakan Permulaan Baharu

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") berbesar hati mengumumkan pelaksanaan penjenamaan semula terbesar apabila identiti jenama baharunya diperkenalkan hari ini, menandakan detik penting dalam sejarah Kumpulan selama lebih empat dekad. Kini, KPJ Healthcare semakin memperkukuh usaha untuk mengetengahkan keutamaan pesakit sebagai asas kepada pertumbuhan eksponen dan kelebihan daya saing dalam landskap penjagaan kesihatan yang berkembang secara dinamik.

Gambar di atas: [DEPAN L-R] Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare bergambar bersama YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp); YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Bakar bersama Lembaga Pengarah (BOD) dan pengurusan kanan KPJ Healthcare selepas memperkenalkan logo baharu KPJ Healthcare.

Inisiatif penjenamaan semula ini merupakan elemen penting dalam perjalanan transformasi Kumpulan yang bermula sejak 2023. Komitmen ini dibuktikan dalam inisiatif terkini seperti penubuhan ‘Centres of Excellence’ (Pusat Kecemerlangan) di seluruh rangkaian hospitalnya dan memberi tumpuan kepada inovasi melalui Sistem Kesihatan Akademik. Semua ini bertujuan meningkatkan usaha KPJ Healthcare dalam menawarkan perkhidmatan berasaskan nilai dan memastikan keberhasilan serta pengalaman pesakit pada standard tertinggi, selaras dengan ‘gold standard’, kepada para pesakit.

[L-R] YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare, bersama-sama YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp); YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia; dan Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare ketika gimik pelancaran logo baharu.

Majlis penjenamaan semula yang bertemakan "Celebration of Our Care for Life Journey," telah diadakan di ibu pejabat KPJ Healthcare di Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri tetamu kehormat termasuk YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia; Ybhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation (“JCorp”); Ybhg. Tan Sri Dato' Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare; Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare; bersama-sama dengan Lembaga Pengarah daripada JCorp dan KPJ Healthcare, dan orang kenamaan lain daripada sektor penjagaan kesihatan dan perniagaan.

Identiti jenama baharu KPJ Healthcare menggunakan gaya yang lebih kontemporari. Tulisan baharu mempunyai ‘rounded edges’ dan ‘soft curves’ (sudut bulat dan lengkung yang lembut) melambangkan keharmonian dan perlindungan. Ia juga melambangkan perpaduan, komitmen, kasih sayang dan komuniti. Warna keemasan dipilih sebagai warna jenama utamanya untuk menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan.

[L-R] YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare, bersama-sama YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp); dan Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare memperkenalkan logo baharu KPJ Healthcare.

Chin berkata, “Penjenamaan semula yang kami perkenalkan hari ini bukan hanya pada perubahan logo atau rupa baharu – ia merupakan simbol transformasi dan kemajuan KPJ seiring dengan peningkatan usaha dalam memberikan penjagaan kesihatan yang lebih baik, didorong oleh teknologi serta inovasi. Penjenamaan semula juga selari dengan penambahbaikan perkhidmatan kami kepada semua pihak berkepentingan.”

Pada bulan sebelumnya, KPJ Healthcare telah melancarkan nilai bersama baharunya sebagai salah satu langkah transformasi yang dikenali dengan akronim C.A.R.E: Komited (Committed), Bertanggungjawab (Accountable), Hormat-Menghormati (Respectful) dan Cemerlang (Excellent). Nilai-nilai ini bertujuan untuk mengubah budaya tempat kerja, menekankan keutamaan pesakit dan mendorong untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi.

[L-R] YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare, bergambar bersama YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp); dan Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare di hadapan monumen KPJ Healthcare.

"Nilai-nilai ini bukan sekadar kata-kata; ia merupakan komitmen yang akan mendorong tindakan dan keputusan kami pada setiap hari," kata Chin. Beliau menyambung: "Walaupun penampilan kami diperbaharui, namun janji 'Care for Life' kami tidak akan berubah. Kami komited untuk menjadi rakan kongsi penjagaan kesihatan yang dipercayai pada setiap peringkat umur, meletakkan penanda aras kecemerlangan penjagaan kesihatan dan memperkasa individu dalam penjagaan kesihatan mereka untuk masa hadapan."

Lembaran baharu ini menampilkan identiti jenama yang diperbaharui dalam mengukuhkan dedikasi KPJ Healthcare terhadap 5P: 

  • ‘Patients’ (Pesakit): Menyampaikan perkhidmatan berasaskan nilai serta rawatan yang disesuaikan melalui kepakaran dan rangkaian hospital pakar yang luas.

  • ‘People’ (Warga Kerja): Memupuk persekitaran yang kondusif untuk mengembangkan bakat dan menggalakkan kecemerlangan.

  • ‘Physicians’ (Pakar Perubatan): Menyediakan persekitaran dinamik yang menggabungkan pendidikan dan penyelidikan perubatan untuk hasil yang optimum. 

  • ‘Partners’ (Rakan Kongsi): Mencari peluang kerjasama untuk memacu kemajuan penjagaan kesihatan. 

  • ‘Planet’ (Bumi): Mengintegrasikan amalan mesra alam dan penyelesaian mampan dalam operasinya.

[L-R] Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare ketika sesi sidang media selepas pelancaran logo baharu KPJ Healthcare.

Pelancaran penjenamaan semula hanyalah permulaan kepada transformasi berperingkat KPJ Healthcare yang dijangka selesai menjelang 2026. Dalam beberapa tahun akan datang, hospital dan anak syarikat Kumpulan akan turut mencerminkan identiti dan komitmennya yang baharu.

Sejak tahun 1981, KPJ Healthcare telah mencatatkan pelbagai pencapaian. Ia merupakan kumpulan penjagaan kesihatan pertama yang melepasi paras pendapatan RM1 bilion pada tahun 2007, juga kumpulan penjagaan kesihatan pertama yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dan merupakan yang pertama memperkenalkan REIT Penjagaan Kesihatan Islam di dunia. KPJ Healthcare juga merupakan organisasi pertama dalam industri penjagaan kesihatan yang menjalankan program pengasingan sisa klinikal yang bakal mengubah landskap penjagaan kesihatan mampan.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.