Finexus Mendapat Kelulusan JTKSM untuk Deposit Gaji secara Langsung ke e-Wallet Pekerja Asing
Finexus dengan bangga mengumumkan kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk mendepositkan gaji pekerja asing secara langsung ke dalam Kayaaku Wallet, serta e-Wallet pekongsi program dan e-Wallet pelanggan White Label.
Pencapaian ini menawarkan penyelesaian penggajian yang lebih lancar, mampu milik, dan efisien bagi syarikat-syarikat di Malaysia untuk memenuhi keperluan unik pekerja asing mereka.
“Terdapat tiga faktor pembayaran gaji melalui e-Wallet adalah logik dan praktikal untuk majikan dan pekerja. Pertama, keperluan untuk penyelesaian ini adalah jelas dengan pekerja asing merangkumi 15% daripada tenaga kerja di Malaysia.
“Kedua, kadar pemilikan akaun bank dalam kalangan pekerja asing Malaysia adalah rendah; contohnya, hanya 22% pekerja asing di ladang dan 55% pekerja asing di kawasan bandar memiliki akaun bank.
“Ketiga, 74% pekerja asing sudah memiliki telefon pintar dan 90% mempunyai akses internet melalui telefon pintar mereka. Maka, penggajian melalui e-Wallet adalah satu penyelesaian yang berdaya maju untuk majikan pekerja asing,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus, berdasarkan laporan World Bank 2017.
Ramai pekerja asing di Malaysia, iaitu 2.12 juta jumlahnya pada Februari tahun ini menurut Kementerian Dalam Negeri, menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan asas untuk membuka akaun bank disebabkan dokumentasi yang tidak mencukupi, menurut laporan tersebut.
Maka, tanpa akaun bank, majikan sering terpaksa bergantung kepada pembayaran gaji secara tunai yang bukan sahaja menyusahkan, malahan rekod penggajian menjadi kurang tepat dan terkini. Penyesuaian akaun pula menjadi lebih rumit.
Oleh itu, Kayaaku e-Wallet menawarkan penyelesaian yang selamat dan mudah sekali. Dengan pendepositan gaji secara langsung ke dalam e-Wallet, majikan pekerja asing boleh mendigitalisasikan penggajian dan penyesuaian akaun mereka bagi operasi yang lebih lancar.
Pekerja asing boleh mengakses dana mereka dengan selamat, cepat dan mudah dengan Aplikasi e-Wallet, justeru mengurangkan keperluan untuk wang tunai dan risiko keselamatan dengan ketara untuk melindungi wang hasil titik peluh mereka.
Faedah Pengkreditan Gaji ke e-Wallet / Kad Prabayar Kayaaku untuk Majikan
Menjimatkan Masa – Proses pendaftaran akaun (onboarding) yang mudah untuk pekerja asing
Tiada Kos Tambahan – Tiada caj tambahan untuk perkhidmatan ini
Pemindahan Gaji Segera – Pemindahan gaji dengan segera dari mana-mana akaun bank ke e-Wallet dengan perkhidmatan DuitNow
Pembayaran Pukal Berjadual – Pembayaran gaji yang tepat pada masanya untuk pekerja asing
Tiada Kebimbangan dan Kerumitan – Proses tanpa tunai untuk pembayaran gaji
Faedah Menggunakan e-Wallet / Kad Prabayar Kayaaku untuk Pekerja Asing
Pendaftaran Mudah – Daftar untuk e-Wallet melalui aplikasi tanpa perlu mengunjungi cawangan
Simpan Gaji dengan Selamat – Simpan gaji dengan selamat dalam e-Wallet / kad prabayar
Pengeluaran ATM – Keluarkan wang dengan mudah dari ATM dengan kad prabayar Mastercard atau Visa
Pembayaran Tanpa Tunai – Imbas dan ketik untuk membayar dengan QR DuitNow atau kad prabayar
Jejak Pembayaran – Semak sejarah transaksi dengan senang
Dengan Finexus, syarikat yang menggaji pekerja asing boleh mengkreditkan gaji mereka dengan
Mendaftar sebagai Pekongsi Program MyXaaS kami
Mengeluar e-Wallet / kad prabayar kepada pekerja asing
Membayar gaji dengan mudah
Sesungguhnya, kebanyakan sektor yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing melaporkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi pada suku kedua 2024 berbanding suku pertama 2024, dengan sektor pembinaan dan pertanian berkembang lebih daripada 5%, diikuti dengan sektor pembuatan (manufacturing) hampir 3%, dan akhirnya perkhidmatan lebih daripada 1%, menurut BNM Quarterly Bulletin Second Quarter 2024 baru-baru ini.
Pertumbuhan ini menunjukkan kemungkinan keperluan untuk sektor-sektor tersebut untuk meningkatkan lagi tenaga kerja asing, lalu mendesakkan keperluan untuk pendigitalan penggajian bagi pekerja asing juga, memandangkan kebanyakan terlibat dalam perkerjaan tidak mahir (80% antara 2010 hingga 2017) menurut Khazanah Research Institute.
“Kesimpulannya, kami percaya bahawa pendigitalan harus merangkumi semua aspek perniagaan, termasuk penggajian bagi pekerja asing. Dengan penggunaan e-Wallet, perniagaan boleh mengautomasikan dan menjadualkan pembayaran gaji tanpa kos atau masa tambahan untuk perkhidmatan ini, serta menikmati penjimatan jangka panjang melalui penyesuaian akaun yang lebih selanjar,” kata Loh.
Layari https://home.finexuscards.com/consumer-app/ untuk maklumat lanjut.
Kandungan ini disediakan oleh Finexus Sdn Bhd.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai