Skip to main
Logo Malaysiakini

Kehidupan Aktif Abang Man Selepas Pencen: Melancong Dan Menjana Pendapatan

"Daripada saya duduk rumah tak buat apa, baik saya cari aktiviti yang bermakna!" Itu kata-kata Amanah bin Ngah Saidin, atau lebih mesra dipanggil Abang Man.

Pada usia 61 tahun, semangat Abang Man ternyata masih menyala-nyala untuk menikmati hidup dan mencari rezeki. Selepas bersara daripada pekerjaan sebagai pengurus gudang, Abang Man memilih untuk menjalani kehidupan yang aktif dan produktif.

Mari kita terokai kehidupan Abang Man selepas pencen, hobinya melancong keliling Malaysia, dan bagaimana dia menjana pendapatan tambahan melalui platform penghantaran on-demand.

Melancong Tak Kira Usia

Di sebuah gerai berdekatan Aeon Subang Jaya, kami berbual dengan Abang Man sambil menikmati makan tengah hari. Menurut beliau, inilah gerai kegemarannya sejak tahun 1997!

Abang Man berkongsi bahawa hobinya adalah menaiki motosikal untuk melancong di seluruh Malaysia bersama rakan-rakan. Dengan sebuah motosikal Honda yang dibeli selepas bersara, Abang Man meluangkan hujung minggu sebagai seorang 'biker' yang menjelajah ke beberapa negeri.

"Saya memang suka melancong dengan rakan-rakan. Memang enjoy lah," ujarnya.

Menurut Abang Man, aktiviti paling menyeronokkan adalah mencuba makanan tempatan di negeri-negeri yang dilawati. Antara makanan yang pernah dicuba termasuklah lemang di Pahang dan asam pedas di Muar.

Malah, Abang Man juga pernah melakukan perjalanan seharian ke negeri jiran semata-mata untuk makan. "Saya pernah ajak kawan-kawan untuk makan nasi kandar di Pulau Pinang, dan pada petang yang sama kami pulang ke Kuala Lumpur," kata Abang Man sambil tersenyum.

Nasihat Abang Man Untuk 'Biker' Baru

Bagi Abang Man, pengalaman menunggang motor bukan sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Ia adalah tentang komuniti dan persahabatan.

Untuk setiap destinasi yang dilawati, Abang Man akan pergi bersama sekumpulan 10 orang biker. Malah, Abang Man juga menyertai beberapa kumpulan 'biker' di Malaysia untuk menambah keseronokan melancong.

Abang Man menasihati anak-anak muda yang ingin mencuba menjadi bikers sebagai hobi untuk merapatkan silaturahim bersama kawan-kawan. "Kalau kita ada apa-apa masalah, kawan yang tolong kita. Kenal ke tak ke, dia akan tolong."

"Saya pernah satu kali motor rosak, ada seorang rider yang tolong saya. Walaupun saya tak kenal dia," tambahnya.

Kerjaya Selepas Pencen

Sebagai seorang pesara, Abang Man membuat keputusan untuk mencari peluang yang boleh menampung kehidupannya bersama keluarga. Dia membeli sebuah van pada tahun 2023 untuk mencari rezeki tambahan.

Abang Man kini bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove separuh masa, yang memberikannya fleksibiliti untuk meneruskan hobinya melancong. Katanya, pendapatan yang diterima dari kerja penghantaran ini kadangkala lebih tinggi dari pekerjaan lamanya.

"Pendapatan saya dengan Lalamove sekarang kadang-kadang lebih tinggi daripada gaji lama saya, walaupun saya tak buat penghantaran setiap hari. Kalau rajin, saya rasa boleh dapat lebih lagi," jelasnya.

Antara pengalaman sebagai rakan pemandu Lalamove yang Abang Man tak dapat lupakan adalah berjumpa dengan pelanggan yang baik hati. "Saya pernah menerima tips RM40 untuk penghantaran Lalamove yang hanya bernilai RM60. Waktu tu saya hanya perlu hantar empat biji tayar ke Bukit Damansara," katanya, mengimbas kembali satu penghantaran yang membawa kepuasan tersendiri.

Abang Man kini menjalani kehidupan yang dia inginkan — bebas, penuh dengan pengalaman baru dan masih mampu menjana pendapatan melalui Lalamove. Kisahnya menunjukkan bahawa persaraan boleh menjadi permulaan baru untuk mengejar minat dan menikmati hidup, sambil tetap produktif dan berdikari dari segi kewangan.

Jika anda tertarik untuk menjalani gaya hidup yang fleksibel seperti Abang Man, platform seperti Lalamove mungkin boleh menjadi pilihan yang menarik untuk dijelajahi

Tonton video ‘Lalamove Ajak Borak Bersama Abang Man’ melalui pautan ini: https://www.instagram.com/reel/C_2mtlLhZPp/


Kandungan ini disediakan oleh Lalamove.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]