Penipuan digital semakin berleluasa. Adakah Asia sudah bersedia untuk menghadapinya?
Oleh Jeff Kuo, CEO dan pengasas bersama Gogolook
Bayangkan senario seorang pekerja kewangan ditipu sebanyak USD$25 juta disebabkan oleh video deepfake yang menyamar sebagai Ketua Pegawai Kewangan mereka. Senario yang membimbangkan ini menekankan penipuan digital yang semakin berleluasa di Asia, di mana perkembangan digital membuka peluang luas untuk aktiviti penipuan. Semakin ramai individu terdedah kepada cubaan phishing, deepfake yang dikuasakan oleh AI, serta pelbagai penipuan dalam talian yang lain. Berikutan taktik penipuan dalam talian yang dilihat semakin maju, timbul satu persoalan: Adakah Asia sudah bersedia berhadapan ancaman yang semakin berleluasa ini?
Asia Kini Diancam
Menerusi Laporan 'Scam Asia 2023' terbitan 'Global Anti-Scam Alliance' (GASA) dan Gogolook menyatakan lebih 60% orang Asia — lebih daripada 2.4 bilion orang — berhadapan sekurang-kurangnya satu cubaan penipuan setiap minggu. Purata bilangan panggilan dan SMS penipuan yang diterima setiap orang di Asia juga telah meningkat daripada 8.9 kali pada tahun 2020 kepada 15 kali pada tahun 2022, menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 29.8%. Walaupun penipuan tradisional melalui panggilan dan SMS masih berterusan, platform dalam talian kini menjadi fokus utama dalam ‘pertempuran’ ini. Aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, Telegram, dan Line, serta platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, sudah menjadi pusat tumpuan bagi kegiatan jahat ini.
Turut membimbangkan adalah deepfake berkuasakan AI. Laporan terbaru mendedahkan peningkatan mendadak sebanyak 15 kali ganda dalam pengesanan deepfake di Asia-Pasifik pada tahun 2023 sahaja, menjadikan penipuan lebih canggih dan meyakinkan berbanding sebelumnya. Ini memerlukan langkah balas yang kukuh serta kesedaran awam yang lebih tinggi untuk melindungi orang ramai dengan berkesan.
Pertahanan secara kolaboratif beri harapan
Syukurlah, kerajaan dan organisasi di Asia tidak berdiam diri. Malaysia, sebagai contoh, telah menggandakan peruntukan untuk Pusat Respons Scam Malaysia — sebuah pusat operasi sehenti untuk menyelaraskan tindakan pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian — kepada RM20 juta pada tahun 2024. Dengan talian kecemasan khas, 997, mangsa penipuan dalam talian kini boleh mendapatkan bantuan segera. Memahami kepentingan usaha kolaboratif, Malaysia telah menandatangani MOU dengan Singapura pada 25 Februari 2024 untuk memperkukuh kerjasama dalam menangani penipuan melalui saluran telekomunikasi.
Sementara itu, Gogolook, pemaju aplikasi anti-penipuan Whoscall yang disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah memberi impak yang besar kepada pengguna di Malaysia. Aplikasi ini membekalkan individu dengan alat untuk mengenal pasti dan menyekat panggilan serta mesej penipuan. Integrasi Whoscall dengan infrastruktur anti-penipuan yang semakin berkembang di Malaysia menambah lapisan pertahanan penting, memudahkan pengguna untuk mengesan dan mengelakkan diri daripada penipuan.
Malaysia adalah sebahagian daripada keseluruhan strategi serantau. Negara seperti Thailand dan Filipina juga telah menubuhkan jabatan khusus serta melancarkan kempen kebangsaan untuk memerangi jenayah siber.
Sumbangan sektor swasta juga dilihat sama penting dalam usaha membanteras penipuan. Beberapa agensi kerajaan dan organisasi di Asia, dengan kerjasama Gogolook, telah menandatangani MOU bagi meningkatkan pertahanan serantau. Inisiatif-inisiatif ini menggalakkan penggunaan teknologi anti-penipuan serta memupuk kerjasama strategik dalam penyelidikan bersama. Antara pihak yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), CyberSecurity Malaysia (CSM), Polis Diraja Thailand, Pusat Penyelarasan dan Siasatan Jenayah Siber (CICC) di Filipina, serta Agensi Polis Nasional Taiwan.
Menangani Jurang Kesedaran
Cabaran dalam memerangi penipuan masih berterusan, terutama akibat kekurangan kesedaran di kalangan masyarakat. Ramai yang tidak mengetahui taktik penipuan yang semakin canggih, menyebabkan mereka mudah terjebak dalam perangkap phishing dan penipuan dalam talian. Kekurangan kerjasama rentas sempadan turut menyukarkan perkongsian maklumat dan pengesanan rangkaian penipuan.
Untuk menangani isu ini, kerajaan, syarikat, dan organisasi mesti bekerjasama untuk membangunkan bahan pendidikan, program latihan, serta kempen anti-penipuan yang berterusan. Memperkasa masyarakat dengan pengetahuan adalah langkah penting untuk pertahanan yang berkesan.
Inisiatif serantau, seperti Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Penipuan Dalam Talian dan Persidangan Serantau Anti-Scam 2023, memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan perkongsian maklumat. Kerjasama antara Global Anti-Scam Alliance (GASA) dan Gogolook, bersama Sidang Kemuncak Anti-Scam Asia yang pertama, kini membentuk ekosistem serantau untuk pencegahan penipuan. Usaha berterusan untuk mewujudkan platform perkongsian maklumat dan memudahkan pertukaran kepakaran rentas sempadan adalah penting bagi membongkar rangkaian penipuan transnasional.
‘Kesatuan’ Kunci Masa Depan Selamat
Perjuangan melawan penipuan digital masih berterusan, tetapi kesatuan mampu menjadi kekuatan utama. Melalui pelaburan dalam kesedaran awam dan kerjasama serantau, kita boleh mencipta dunia digital yang lebih selamat untuk seluruh Asia. Kewaspadaan serta kemampuan untuk mengenalpasti penipuan adalah elemen penting untuk menghadapi ancaman yang semakin berkembang ini, maka tindakan segera amat penting untuk diambil.
Mengenai penulis:
Jeff Kuo ialah CEO dan pengasas bersama Gogolook serta Pengarah Asia di Global Anti-Scam Alliance (GASA). Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam pengurusan, beliau telah menerajui pengembangan dan pertumbuhan global Gogolook. Pada tahun 2020, beliau menerima Anugerah Inovasi Presiden Taiwan, dan pada tahun 2022, beliau dilantik sebagai pengarah SaaS Working Group di Taiwan Internet and E-commerce Association (TiEA), menyumbang kepada industri anti-penipuan.
Kandungan ini disediakan oleh Whoscall.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai