Tak muncul di TV, Vida nafi jatuh miskin
Pelbagai spekulasi timbul apabila jutawan kosmetik Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, tidak lagi muncul dalam mana-mana program TV seperti dulu.
Malah ada yang mengatakan dia kini dihimpit masalah kewangan, terutama apabila mata wang kripto LaVida Coin dilanda masalah.
Vida bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan berkata dia masih meneruskan perniagaannya, termasuk mengeluarkan beberapa produk terbaru.
"Astaghfirullah. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial.
"Kalau nak berunding tiada follower, siapa yang nak beli," katanya seperti dipetik Astro Awani.
Pada September lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis agar semua kegiatan promosi berkaitan LaVida Coin dihentikan - kira-kira sebulan selepas ia dilancarkan.
Pada masa sama, DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy yang mempromosikan mata wang kripto itu dimasukkan dalam Senara Amaran Pelabur SC.
Pada masa sama, Vida menyatakan hasrat untuk sekali lagi menaja rancangan TV.
“Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baru.
“Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ke," katanya lagi sambil mengakui sendang mencari konsep rancangan yang sesuai untuk ditajanya.
Dia juga memaklumkan akan mengeluarkan single terbaru berkonsep cinta selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai