Skip to main
Logo Malaysiakini

Niat Neelofa tunai haji tergendala 2 hari

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan perjalanannya untuk menunaikan ibadah haji bersama beberapa jemaah lain tergendala dua hari akibat masalah visa.

Neelofa sekeluarga sepatutnya berlepas ke tanah suci Makkah pada 4 Ogos lalu bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa.

“Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok," katanya menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Malah selebriti yang terkenal dengan drama Suri Hari Mr Pilot itu turut mengingatkan jemaah haji agar berhati-hati memilih agensi pelancongan untuk menunaikan haji bagi mengelakkan masalah yang tidak dijangka.

"Disebabkan ia proses yang merumitkan, jadi kami perlu benar-benar memahami setiap proses dengan bantuan informasi daripada orang lain,” katanya.

Kata Neelofa lagi, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Arab Saudi di Malaysia termasuk rakan selebriti, Zizan Razak yang mencadangkan saluran yang betul bagi mendapatkan bantuan.