Kanser ajar Manisha jadi berani, jujur
Pelakon Bollywood Manisha Koirala berkata, pertarungannya untuk mengalahkan kanser menjadikan dia kini lebih menghargai kehidupan.
Lebih daripada itu, kanser juga membuat Manisha lebih "berani" untuk menjadi manusia biasa yang melakukan pelbagai kelemahan atau kesilapan dan mengakuinya kepada umum.
Kata Manisha, kanser adalah punca yang membuat dia menjadi jujur kepada sesiapa pun.
“Pertama, apabila kamu didiagnos menghidap kanser, kamu perlu berdepan dengan sisi lain dalam hidup.
"Daripada apa saya lihat, kita memang tak boleh menipu. Saya juga tak boleh mengada-adakan cerita.
"Hakikatnya, berdepan dengan maut adalah sesuatu yang benar dalam hidup,” katanya seperti dipetik Times of India.
Bagi Manisha, berada hampir dengan kematian meletakkan dia pada posisi mahu sentiasa bercakap benar.
Percaya pada diri sendiri
Manisha diberitakan mengidap kanser ovari pada 2012 dan menjalani rawatan di AS. Pelakon filem Mann itu kemudian diisytihar bebas kanser sejak 2014.
Manisha berkata demikian ketika mempromosi filem terbarunya, Prassthanam, yang turut dijayakan pelakon Sanjay Dhutt, Jackie Shroff dan Ali Fazal.
Turut dipromosi, buku yang ditulis berkisahkan kehidupannya.
Menurut Manisha, apabila seseorang itu berdepan dengan sesuatu yang 'kejam', ia akan mengubah pandangan mereka mengenai kehidupan.
Tambahnya, setiap manusia memang mempunyai kelemahan. Justeru dalam buku itu dia tidak memaparkan dirinya sebagai seorang yang sempurna atau sentiasa mempunyai semua jawapan.
“"Jika kamu tanya adakah timbul perasaan takut mendedahkan diri sedemikian, ya, memang ada.
“Ada masanya saya nampak bahawa saya terlalu menekankan perkara ni, dan tak pasti bagaimana reaksi orang lain. Adakah mereka akan mengejek saya?
"Tapi akhirnya saya lega kerana dapat meluahkan perasaan. Saya percaya apa saya lakukan,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai