Skip to main
Logo Malaysiakini

Kesusasteraan Melayu boleh jadi wadah perpaduan

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kesusasteraan Melayu boleh menjadi wadah perpaduan masyarakat pelbagai suku kaum dan budaya di negara ini, kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh.

Katanya usaha itu boleh mempertajamkan lagi pandangan terhadap keperluan hidup bersama dan mengukuhkan pelbagai kebudayaan di negara ini.

"Sabah selalu disebut sebagai negeri yang sudah berjaya merapatkan hubungan suku-suku kaumnya dan saya rasa, sastera juga patut buat begitu.

"Walaupun saudara datang daripada satu suku yang kecil, (tetapi) bukan bermakna suku dan nilai-nilai anda tidak penting.

"Kita boleh belajar daripada semua orang dan sastera patut tolong kita belajar apa yang dicipta, dikembangkan dan diberikan oleh semua suku," katanya ketika ditemui selepas program Pertemuan Sasterawan Negara Bersama Ilmuan di Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan hari ini.

Muhammad juga berkata bidang sains dan teknologi boleh diimbangi dengan bidang kesusasteraan agar nilai kemasyarakatan sentiasa terpelihara dalam era baru.

Beliau berpendapat usaha mencari istilah baru untuk diguna pakai dalam bidang sains dan teknologi di negara ini wajar diambil daripada bahasa masyarakat setempat.

"Misalnya, kalau mahu mencipta istilah-istilah baharu dalam bidang (sains) pertanian, bawa (rujuk) masyarakat kampung yang tahu tentang pertanian, atau ajak para nelayan yang banyak pengalaman di laut," katanya.

- Bernama