Netizen China tuntut artis k-Pop mohon maaf
Seorang artis Korea Selatan menjadi selebriti terbaru mangsa kemarahan netizen di China selepas dia menekan butang “like” pada satu ciapan Twitter berhubung isu bantahan prodemokrasi di Hong Kong.
AFP melaporkan, anggota kumpulan k-Pop terkenal, Super Junior, Choi Siwon digesa memohon maaf selepas menekan butang berkenaan pada hantaran dibuat akhbar Korea Selatan, The Chosun IIbo.
Untuk rekod, Twitter sememangnya platform media sosial yang diharamkan di China, tetapi pendapat yang memprovokasi Beijing biasanya menjadi tular melalui media sosial China.
Choi kemudiannya memohon maaf di Weibo malam Ahad lalu dan berharap protes keganasan dan huru-hara di Hong Kong itu segera berakhir.
“Memandangkan kontroversi tercetus menimbulkan kebencian dan menyebabkan kekecewaan, saya dengan ikhlas hati memohon maaf,” tulis artis yang mempunyai 16.5 juta pengikut Weibo itu.
Kumpulan pembangkang prodemokrasi memperoleh majoriti besar undian dalam pilihan raya kerajaan tempatan di Hong Kong yang diadakan Ahad lalu susulan protes antikerajaan yang berlarutan selama enam bulan di kota itu.
Buat kali pertama, calon-calon demokrat di kota pulau yang mempunyai 7.3 juta penduduk itu mendapat lebih separuh daripada 452 kerusi majlis tempatan, mengalahkan calon prokerajaan yang memiliki sumber lebih besar.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai