Skip to main
Logo Malaysiakini

The Rock giat pergi gim demi Black Adam

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Selepas menunggu bertahun-tahun, pelakon AS, Dwayne Johnson atau The Rock akhirnya mengumumkan dia bakal menggalas watak yang muncul dalam buku terbitan DC Comics iaitu, Black Adam.

Berkongsi berita gembira tersebut, aktor berbadan kekar itu mengiringi hantarannya di media sosial dengan berkata, dia sedang membuat persediaan rapi sebelum menjalani penggambaran filem berkenaan - yang dijangka bermula Jun depan.

“Jadi ia pun bermula. Mulakan latihan yang sangat sukar pada tahun 2020 untuk peranan yang akan saya jayakan dalam filem akan datang, Black Adam.

“Yang ni, memang menjadi makanan saya,” katanya.

Black Adam, sebuah filem adiwira yang djangka menjengah pawagam pada 22 Disember 2021 berdasarkan kisah anti-hero dalam DC Comics, menggunakan nama sama.

Naskhah itu merupakan prekuel kepada filem Shazam!. Ia merupakan siri ke-12 dalam DC Extended Universe.

Watak berkenaan sebenarnya sangat dekat di hati Johnson sejak dia kecil. Walaupun menggemari Superman, aktor itu pernah berkata sebelum ini bahawa dia lebih menggemari karakter pemberontak tetapi pada sama sangat kuat seperti Black Adam.

Johnson turut memaparkan imej rutin harian dia sedang giat mengangkat berat di gim.

“Era baru dijangka bermula. Hierarki kuasa dalam #DCUniverse bakal berubah,” katanya.