Skip to main
Logo Malaysiakini

Syarikat pawagam China ganti GSC di Pavilion KL

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Dadi Cinema, syarikat pawagam kedua terbesar China, akan menggantikan Golden Screen Cinemas (GSC) di Pavilion KL.

Perkembangan itu hadir selepas GSC mengumumkan penutupan kompleks pawagam di Pavilion KL berkuat kuasa 17 Feb selepas 12 tahun beroperasi.

Dadi Cinema di Pavilion KL merupakan yang pertama daripada syarikat itu di Malaysia.

"Dijadual mula dibuka pada Q3 (suku ketiga) 2020, Dadi Cinema akan membawa pengalaman sinematik yang sangat mendalam dan premium kepada para penonton.

"Ini sejajar dengan usaha Pavilion KL untuk terus membawa jenama dan hiburan inovatif ke pasaran Malaysia," kata Pavillion KL dalam satu kenyataan hari ini.