Skip to main
Logo Malaysiakini

TPM ucap takziah pada keluarga Ashraf Sinclair

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga artis Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta.

“Takziah buat keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair yang kembali ke rahmahtullah hari ini.

“Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya dalam catatan di laman Twitter dan Facebook.

Menurut agensi berita Antara yang memetik Dodi, iaitu pengurus kepada Bunga Citra Lestari (isteri kepada Ashraf), Ashraf, 40, meninggal dunia di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan pada 4.51 pagi.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair yang lahir di London, England ialah artis Malaysia yang mengahwini Bunga Citra Lestari pada 2008, dan dikurniakan seorang anak, Noah Aidan Sinclair, 10.

Menurut Dodi, setakat ini belum diputuskan tempat dan waktu pengebumian jenazah artis yang pernah membintangi filem 'Gol & Gincu' itu.

Ashraf kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

- Bernama