Skip to main
Logo Malaysiakini

Tonton Festival Duduk Rumah di rumah malam ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Rakyat Malaysia yang berbakat dan prihatin bersama-sama menyajikan hiburan untuk mengumpul dana bagi membantu kakitangan barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19.

Projek berkenaan yang dinamakan Festival Duduk Rumah akan disiarkan secara langsung melalui Facebook dengan menampilkan ramai seniman berbakat.

Ini termasuk persembahan sape tradisional oleh Rining Peter Paris, persembahan folk rock oleh Azmyl Yunor, persembahan seni suku Temuan oleh Shaq Koyok, persembahan komedi oleh Juliana Heng dan Phoon Chi Ho, dan beberapa penghibur muzik lain termasuk Mill (Hanna Mia), Issac Ho , William Kok, Raman Bah Tuin dan Justin Ong.

Penganjur festival, Adrian Yeo berkata, konsert itu boleh disaksikan di halaman Facebook bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam ini.

"Pengumpulan dana ini adalah untuk menyokong barisan hadapan kita. 

"Kakitangan perubatan profesional, anggota keselamatan dan kakitangan sokongan, yang berjuang melawan wabak.

"Semua sumbangan yang diperoleh akan disalurkan kepada dua pihak iaitu # Meals4Medics dan Mercy Malaysia," jelasnya.

Sumbangan akan digunakan untuk menyediakan makanan kepada hospital di luar Kuala Lumpur, membeli peralatan perubatan seperti topeng penutup hidung dan mulut serta alat bantuan pernafasan.

Maklumat lanjut mengenai acara berkenaan boleh dilayari di sini.