Eina memang borong 6 troli, tapi bukan sebab panik
Pelakon Eina Azman menafikan tuduhan dia membuat pembelian panik sehingga barang memenuhi enam troli, ketika tempoh perintah kawalan pergerakan.
Eina sebaliknya berkata, selain untuk keluarganya sendiri, dia juga turut membantu membeli barang keperluan untuk ibu dan adik iparnya.
"Pertama, saya memang membeli sampai enam troli sebab beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak dan adik ipar yang berkeluarga besar-besar.
"Jadi apa masalahnya? (Adakah) saya tak fikir (pasal) orang?" katanya di Instagram.
Eina berkata demikian sebagai respons kepada seorang pengguna Instagram yang mendakwa dia melihatnya "memborong sehingga enam troli" tanpa memikirkan keperluan orang lain.
Dia mendakwa demikian di akaun Instagram seorang selebriti dan turut menanda Eina di komennya.
Mengulas lanjut, Eina menyifatkan dirinya bukanlah mementingkan diri sendiri seperti yang didakwa.
Katanya, dia seorang yang tidak berkira untuk membantu sesiapa saja yang berada dalam kesusahan terutama ketika tempoh perintah kawalan pergerakan.
"Kalau saya tak fikir orang lain, saya takkan beri bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin (perintah kawalan pergerakan).
"Maaf bukan nak riak atau apa. Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama.
"Justeru, jaga hal sendiri. Jangan hanya nak mengata dan bercerita hal orang," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai