Skip to main
Logo Malaysiakini

Balai Seni Negara batal KUL Biennale 2020

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Balai Seni Negara membatalkan penganjuran Kuala Lumpur Biennale 2020 (KUL Biennale 2020) yang dijadualkan berlangsung pada September 2020.

Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad menyatakan bahawa pihaknya dengan rasa berat hati membatalkan penganjuran KUL Biennale 2020 ketika negara sedang giat mengekang penularan Covid-19.

"Demi kemashalatan dan kesejahteraan kesihatan langkah ini terpaksa di ambil.

"Ini adalah selaras dengan pembatalan Kempen Melawat Malaysia (VM2020) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berikutan dengan impak penularan wabak Covid-19.

"Ia memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan dunia secara keseluruhannya kerana penganjuran KUL Biennale 2020 melibatkan penyertaan penggiat seni visual Malaysia dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Balai Seni Negara juga mengambil kesempatan sama untuk menyeru peserta KUL Biennale 2020, penggiat industri seni visual dan rakan kerjasama KUL Biennale 2020 agar memberikan fokus dalam usaha negara menangani wabak berkenaan.