Skip to main
Logo Malaysiakini

TikTok Live bersama Siti, Fattah Amin

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Penyanyi Siti Nurhaliza dan pelakon Fattah Amin bakal bersiaran secara langsung dalam TikTok #StayAtHome Live! Special pada 21 dan 22 April ini.

Program itu akan menampilkan Fattah pada 21 April, diikuti Siti keesokannya.

Program selama sejam secara dalam talian itu memberi peluang kepada peminat untuk berinteraksi dengan dua selebriti itu melalui empat segmen, iaitu Fan Meet, Live Music, Q&A dan TikTok Challenges.

Fattah berkata dalam sesi yang bermula pukul sembilan malam itu, peminat boleh bertanya apa saja soalan kepadanya.

“Jom borak santai bersama saya di TikTok Live! Selasa depan, 21 April bermula jam 9 hingga 10 malam. Anda semua bebas bertanya apa saja, saya akan cuba yang terbaik untuk jawab.

“Jangan lupa ikuti akaun TikTok saya juga,” katanya di media sosial.

TikTok #StayAtHome Live! Specials dilancarkan pada 3 April lalu dan menampilkan selebriti tempatan dan juga serantau setiap minggu.

Program itu dimulakan dengan segmen Fan Meet, di mana Siti dan Fattah masing-masing akan berinteraksi dengan penonton. 

Siti juga akan mempersembahkan dua single terbarunya, Bebas dan 7 Nasihat, dalam segmen seterusnya.

Selepas itu, segmen Q&A pula menyusul sebelum program ditamatkan dengan TikTok Challenges.

Siti berharap peminat yang mahu berinteraksi dengannya agar mengikuti program tersebut pada 22 April ini.

“Terima kasih kerana mengikut akaun TikTok saya. Saya fikir 22 April ni nak bersiaran secara langsung bersama anda. Okey ke tak?

“Kalau betul nak sertai saya, jangan lupa tandakan 22 April ni selain ikuti akaun Toktitiktok,” katanya yang akan memulakan sesi secara langsung itu pada 9.30 malam.