Skip to main
Logo Malaysiakini

P Pinang terbit garis panduan pembukaan semula ruang seni budaya

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan garis panduan bagi memudahkan pembukaan semula ruang seni budaya agar selari dengan langkah keselamatan awam persekutuan.

Menurut Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Negeri Pulau Pinang Yeoh Soon Hin, "Garis Pandun Operasi Keselamatan Kesihatan Awam untuk Ruang Seni Budaya" merangkumi beberapa pertimbangan utama bagi membantu pertubuhan seni budaya membuat keputusan berkenaan program dan operasi ketika pandemik Covid-19.

"Setakat ini Pulau Pinang negeri pertama yang mengeluarkan garis panduan ini.

"Sektor seni budaya antara yang paling terkesan dengan krisis Covid-19, dengan banyak acara dan kegiatan awam dibatalkan atau ditangguh susulan perintah kawalan pergerakan," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau mengakui garis panduan itu mungkin tidak meliputi semua aspek dalam sektor tersebut tetapi memberi jaminan ia akan dikemaskini dari masa ke masa.

"Garis panduan ini tidak dirangka secara menyeluruh dari segi skop dan bukan semua pertimbangan terpakai untuk semua pertubuhan.

"Kami menggalakkan pengamal dan pertubuhan seni budaya untuk menggunakan garis panduan ini sebagai asas untuk rancangan mereka, dan disesuaikan untuk keperluan khusus mereka, dalam melaksanakan garis panduan kesihatan awam," katanya.

Katanya lagi, garis panduan itu akan dikemaskini secara kerap selari dengan perubahan garis panduan persekutuan dan negeri berkaitan Covid-19.

Garis panduan itu boleh dilihat di sini.