Mak Wan pengsan nama diumum terima tajaan umrah
Pelakon Mak Wan pengsan akibat terlalu terkejut namanya diumumkan antara 25 individu layak menerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Menurutnya, dia tidak menyangka doanya untuk beribadat di rumah Allah itu akhirnya menjadi suatu kenyataan.
“Saya tak sangka doa mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah sekali lagi dimakbulkan Allah SWT.
“Sebelum ini, saya pernah menunaikan umrah pada 2015, tetapi ketika itu saya dalam keadaan kurang upaya selepas kemalangan.
“Jadi, apabila diberikan peluang untuk menunaikan umrah sekali lagi, saya sangat bersyukur," katanya dipetik BH Online.
Mak Wan menerima kejutan berkenaan sewaktu menghadiri sebuah program bual bicara diadakan secara siaran langsung baru-baru ini dan dikendalikan pengacara Didie Alias.
Program tersebut menyaksikan beberapa artis jemputan dan individu kurang bernasib baik menerima sumbangan tajaan daripada penaja. Mak Wan adalah salah seorang daripada insan yang terpilih itu.
Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud ketika ditemubual uga berkata, dia tidak dapat menahan sebak kerana berasakan dirinya terlalu kerdil untuk diberikan penghargaan bermakna seperti itu.
“Saya terharu, rasa seperti insan paling bertuah. Walaupun miskin dan tidak berkemampuan, dapat juga saya menjejakkan kaki ke rumah Allah atas tajaan insan berhati mulia," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai