Antonio Banderas rai ulang tahun ke-60 dalam kuarantin
Pelakon Antonio Banderas membawa berita mengejutkan apabila dia mengumumkan dirinya positif wabak Covid-19.
Banderas mendedahkan dia menerima maklumat hasil ujian dijalankan pada hari ulang tahunnya yang ke-60, iaitu semalam.
“Saya ingin mengumumkan bahawa hari ini 10 Ogos, saya terpaksa merayakan ulang tahun ketika dalam kuarantin akibat disahkan positif Covid-19,” katanya dipetik CNN.
Aktor filem Pain and Glory itu menulis kenyataan tersebut dalam bahasa Sepanyol di Instagram miliknya sambil mengiringi perkongsiannya dengan imej dirinya sewaktu masih kecil.
Banderas yang juga terkenal dengan filem The Mask of Zorro itu turut memaklumkan keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik cuma dia mudah berasa keletihan lebih daripada kebiasaannya.
“Saya yakin boleh cepat sembuh berdasarkan petunjuk perubatan yang saya harap dapat membantu mengekang penularan ini serta menjangkiti sebahagian besar penduduk di dunia,” katanya.
Dijangkiti wabak berkenaan tidak mematahkan semangat Banderas. Pelakon itu berkata, dia akan menggunakan waktu terluang semasa menjalani proses kuarantin dengan perkara berfaedah.
“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membaca, menulis, berehat dan terus membuat perancangan untuk memberi makna kepada usia saya yang ke-60. Pelukan erat kepada semua orang,” katanya.
Banderas antara selebriti terbaru yang mendedahkan disahkan positif Covid-19. Minggu lalu, aktress Alyssa Milano juga berkongsi dia dijangkiti wabak sama. Keputusan itu didapati positif selepas beberapa kali dia disahkan negatif daripada jangkitan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai