Detik-detik Sanjay Dutt diberitahu hidap barah
Kehidupan memang sentiasa penuh dengan kejutan termasuk ketika manusia menyangka segala-galanya sedang berjalan dengan lancar.
Situasi itulah yang berlaku ke atas pelakon Bollywood, Sanjay Dutt, ketika pada awal dia hanya menjangkakan masalah kesihatannya hanya disebabkan dijangkiti wabak Covid-19.
Sumber memberitahu pada 8 Ogos lalu Sanjay - atau digelar Deadly Dutt itu - mengalami masalah sukar untuk bernafas, lalu pergi mendapatkan bantuan perubatan di hospital.
“Dia benar-benar bimbang kalau dijangkiti Covid-19 terutama selepas memeriksa oximeter di rumah dan kemudian mendapati tahap oksigennya menurun.
“Sanjay kemudian dinasihatkan pergi ke Hospital Lilavati Mumbai bagi melakukan pemeriksaan Covid-19.
“Pada ketika itu, Sanjay memaklumkan dia sudah menjalani ujian tersebut dan hasil keputusannya adalah negatif.
“Bagaimanapun, Sanjay tidak dapat mengelak daripada memikirkan jika dia benar-benar mengidap Covid-19,” katanya seperti dipetik Times of India.
Seorang sumber lain berkata, Sanjay, 61, pergi ke hospital dengan ditemani adik perempuannya, Priya, dan seorang rakan lain.
Banyak bertanya di hospital
Apabila sampai di hospital, katanya, doktor mendapati tiada kemasukan udara berlaku pada bahagian kanan paru-paru pelakon yang pernah menjalani hukuman penjara kerana dikaitkan dengan aktiviti keganasan itu.
Hasil pemeriksaan imbasan CT menunjukkan terdapat pengumpulan cecair pada paru-paru kanan disertai dengan dua lesion, masing-masing satu pada setiap paru-paru.
Aktor itu kemudian diberitahu ia berkemungkinan kesan jangkitan bakteria tuberkulosis kesan daripada senaman berat yang mungkin mencederakan dirinya sendiri.
Atau, satu lagi kemungkinan, kata sumber berkenaan, ia adalah petanda Sanjay menghidap barah.
Cecair dengan isi padu setinggi 1.5 liter itu kemudian dibuang. Sanjay perlu dirawat di hospital selama dua hari susulan itu.
Katanya Sanjay mengajukan banyak pertanyaan terutama ketika dia diberitahu bahawa cecair yang diekstrak itu akan diagnosis lebih terperinci.
Seorang lagi sumber memberitahu, aktor terbabit perlu menjalani imbasan tomografi pelepasan positron (PET). Dan ketika imbasan PET hampir selesai (pada 10 Ogos lalu), jabatan histopatologi mendapati bahawa cecair tersebut mempunyai sel barah.
Imbasan PET juga mengesahkan ia adalah barah.
Simpan senjata pemberian samseng
Katanya sesi kaunseling segera diadakan dan Sanjay dimaklumkan mengenai penyakit dialami.
"Selepas itu, Sanjay dihantar ke bahagian onkologi dan diberi pilihan untuk pergi ke mana saja sekirany ingin mendapatkan rawatan di luar negara," katanya.
Menurut sumber berkenaan kemoterapi adalah satu-satunya kaedah rawatan yang boleh dijalani pelakon filem Panipat berkenaan, manakala pembedahan tidak dapat dilakukan kerana barah itu berada di tahap keempat,
Untuk rekod, anggota keluarga Sanjay memang mempunyai sejarah barah. Ibunya, Nargiss Dutt, menderita kanser pankreas pada 1981.
Isteri pertama Sanjay Richa, didiagnos mengidap barah otak pada 1987 dan meninggal dunia pada 1996.
Sanjay menjalani hukuman penjara kerana memiliki senjata dibekalkan oleh samseng yang bertanggungjawab melakukan pengeboman di Mumbai pada 1993.
Dia juga pernah berusaha melawan masalah ketagihan dadah.
Filem baru Sanjay, Sadak 2 (Road 2) akan ditayangkan di Disney + Hotstar pada penghujung bulan ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai