Dituduh tak profesional, Nabila Razali buka ruang berbincang
Penyanyi Nabila Razali membuka ruang untuk berbincang sekiranya ada pihak mendapati dia tidak bersikap profesional.
Katanya, sebagai orang yang dikenali ramai sudah menjadi kebiasaan untuk dia untuk memberikan komitmen penuh terhadap sesuatu tugasan meskipun jika dia dipanggil pada saat-saat akhir.
Justeru, menurut pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali itu, sekiranya timbul sesuatu insiden yang tidak memuaskan hati segelintir pihak yang membawa mulut, perkara itu sebaik-baiknya diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.
“Sekiranya ada masalah, usah dijadikan bahan bercerita untuk orang ramai. Saya akui mungkin ketika itu ada yang terlepas pandang.
"Agenda dirancang dibatal pada saya akhir namun saya dipanggil semula. Jadi, saya tetap hadir dengan niat untuk menjalankan tugas-tugas promosi tersebut.
"Bagi saya, hal ni bukan isu besar sebab saya tetap beri komitmen pada saat akhir,” katanya.
Nabila ditemui pada majlis pelancaran klip video rasmi Peluang Kedua di Universal Malaysia di Petaling Jaya hari ini.
Tak besar kepala
Video muzik berkenaan turut menyaksikan kolaborasi dia dengan penyanyi rap MK dari kumpulan rap K-Clique dalam versi baru tersebut.
Terdahulu, walapunpun tiada nama disebut secara khusus, penyanyi Pematah Hati itu dikaitkan dalam ruangan gosip sebuah stesen radio sebagai tidak profesional.
Enggan mengeruhkan keadaan, Nabila, 27, memohon maaf sekiranya insiden yang terjadi itu melukakan hati mana-mana pihak.
“Saya Nabila Razali minta maaf. Insya-Allah perkara seperti ni tak akan berlaku lagi,” katanya.
Pada masa sama, Nabila turut menafikan dakwaan dia sudah mula besar kepala.
"Sekiranya besar kepala saya tak jemput wartawan untuk sidang media ini sebaliknya baik adakan conference call saja.
"Tapi tidak, saya masih lagi ada di sini dan beramah mesra dengan semua wartawan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai