Skip to main
Logo Malaysiakini

Penyanyi pelbagai bangsa bergabung untuk lagu merdeka

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pelbagai cara untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-63 tidak lama lagi.

Bagi lima penyanyi, mereka memilih bergabung tenaga mendendangkan lagu patriotik yang antaranya memberi penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang Covid-19.

Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe tampil dengan lagu bertajuk “Warna Merdeka” ciptaan komposer Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Ia akan dilancarkan pada 21 Ogos ini.

Lagu dan muzik video berkenaan boleh didengar dan dimuat turun di semua platform penstriman seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan JOOX.

“Penceritaan muzik video ini juga diinspirasikan dari kejadian mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisme,” kata WPE.

Awal bulan ini terdapat insiden mural Yang di-Pertuan Agong dan tokoh-tokoh negara di Shah Alam dirosakkan sehingga mengundang kemarahan orang ramai.