Skip to main
Logo Malaysiakini

Muncul video lucah lelaki mirip pelakon siri TV

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang pelakon muda yang namanya melonjak naik melalui siri televisyen popular menjadi mangsa terbaru penyebaran video lucah mirip wajahnya di media sosial.

Video berdurasi 42 saat yang sedang tular di Twitter ketika ini menunjukkan seorang pemuda tidak berbaju yang raut wajahnya seolah-olah pelakon itu sedang ‘beraksi’ seorang diri di atas katil.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu terbabit adalah tuan empunya diri atau pun tidak.

Video terbabit mengundang pelbagai reaksi pengguna alam maya yang antaranya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Malaysiakini sudah cuba menghubungi pelakon itu bagi mendapatkan penjelasan namun setakat laporan ini ditulis belum menerima sebarang maklum balas.