‘Ya Allah, penat jawab, bukan saya yang kahwin’
Erra Fazira mengaku tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon selepas menteri agama memaklumkan seorang wanita yang sama nama dengannya berkahwin hari ini.
Media melaporkan sebilangan besar kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan menghubunginya mengucapkan tahniah atas ‘pernikahan’ itu.
“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai.
“Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi Erra Fazira lain. Lucu juga bila kenangkan semula,” katanya kepada Astro Awani ketika dihubungi.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berdepan keadaan itu selepas menteri agama Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira dan suami susulan perkahwinan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pagi tadi.
“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka.
“Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” kata Zulkifli.
Walaupun tidak mengenali wanita sama nama itu, pelakon Erra Fazira bagaimanapun mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling menghasihi antara satu sama lain.
“Semoga Erra Fazira dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” ujar pelakon itu, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai