Skip to main
Logo Malaysiakini

Cendana dapat RM15 juta untuk seni budaya

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

BELANJAWAN 2021| Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan dana berjumlah RM15 juta ringgit disediakan buat industri seni budaya tanah air.

Zafrul berkata, kerajaan mendengar keluhan penggiat seni termasuk pekerja belakang tabir.

“Sebanyak RM15 juta ringgit diperuntukkan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau Cendana untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan yang bakal memanfaatkan lebih RM5,000 penggiat seni dan petugas belakang tabir,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.