Skip to main
Logo Malaysiakini

Neelofa kata pakai niqab bukan sebab nak promosi perniagaan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pengacara dan pelakon, Neelofa menjelaskan dia tidak menjual niqab melalui jenama tudungnya, Naelofar.

Dia yang berniqab sejak 15 Oktober itu mengeluarkan kenyataan itu bagi mengelakkan timbul salah faham dalam kalangan orang ramai yang menganggapnya menukar penampilan kerana bertujuan mempromosikan perniagaan.

"Niqab yang saya pakai, hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab," katanya dipetik BH Online.

Pengacara Next To Neelofa itu turut menafikan pengeluaran perisa mangga dengan penggunaan tanda pagar #semaniscintapertama mempunyai kaitan dengan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Riz.

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dikatakan merisik Neelofa pada 1 November lalu.

"Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Tetapi, fakta menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga," katanya.

Ditanya dua perkara yang mahu ditukar mengenai dirinya, Neelofa menjawab, dia ingin memperbaiki kisah silamnya.

"Pastinya saya mahu menukar masa lampau. Saya mahu single sepanjang tempoh remaja dan terus berkahwin. Dan satu lagi keinginan saya belajar bahasa Arab," katanya.