Aktor Darth Vader, David Prowse meninggal dunia
David Prowse, aktor Inggeris yang melakonkan watak Darth Vader dalam filem Star Wars yang asal, telah meninggal dunia pada usia 85 tahun, kata syarikat pengurusannya pada hari Ahad.
"Dengan penuh dukacita serta hati yang sedih buat kami dan berjuta-juta peminat di seluruh dunia, untuk mengumumkan bahawa Dave Prowse MBE telah meninggal dunia pada usia 85 tahun," kata Bowington Management pada satu kenyataan di Twitter.
Bekas juara sukan angkat berat itu membintangi salah satu watak penjahat yang terkenal dalam dunia filem.
Bagaimanapun, Prowse cuma melakonkan badannya sahaja untuk watak itu, manakala suara Darth Vader menggunakan orang lain.
Pengarah George Lucas memilih untuk menggunakan suara lain terhadap Prowse yang melakonkan watak antagonis bertopeng Darth Vader dalam "Star Wars", "The Empire Strikes Back" dan "Return of the Jedi".
Prowse diberi penghormatan oleh Ratu Elizabeth pada tahun 2000 atas jasa dan amal kebajikannya.
Ini selepas Prowse membintangi kempen kesedaran awam keselamatan jalan raya yang berlangsung dalam jangka masa lama melalui watak bernama Green Cross Code Man yang menggalakkan perlindungan kepada pejalan kaki.
(Laporan oleh William James; Penyuntingan oleh Edmund Blair)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai