Skip to main
Logo Malaysiakini

Peserta siri realiti TV dibawa ke mahkamah bagi rayuan reman

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Bekas peserta realiti program keagamaan yang ditahan atas dakwaan merogol tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini untuk permohonan reman oleh pihak polis.

Ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang diterima berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii terhadapnya di daerah ini.

Melalui siaran secara langsung di Facebook, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada 10.30 pagi dengan diiringi dua polis.

Suspek dibawa ke Bilik Reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah terbabit.

Polis Petaling Jaya sebelum ini mengesahkan menerima dua laporan terhadap suspek iaitu satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul serta seks luar tabii.