Skip to main
Logo Malaysiakini

Kekalkan tema Inggeris di Bukit Fraser - menteri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menyarankan pembangunan di Bukit Fraser, Pahang mengekalkan tema tudor, sesuai dengan julukan The Little England.

Menterinya Nancy Shukri berkata Bukit Fraser perlu dibangunkan sebagai destinasi warisan tinggalan kebudayaan sebagai tarikan pelancongan.

Segala cadangan pembangunan dan pembinaan hotel baru di Bukit Fraser bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta tertakluk kepada kelulusan Majlis Daerah Raub (MDR).

“Motac juga menggesa agar sebarang pembangunan tidak mengganggu ekosistem di kawasan itu yang terkenal dengan kehadiran pelbagai spesis burung dan menjadi tumpuan sebagai salah satu destinasi tempat untuk aktiviti bird watching di Malaysia,” menurut kenyataan kementerian.

Nancy semalam terlibat dalam siri jelajah semarak pelancongan domestik di Bukit Fraser.

Buat masa ini terdapat tiga buah hotel dengan jumlah bilik sebanyak 370 di Bukit Fraser.