Skip to main
Logo Malaysiakini

Cliff Umar mohon maaf tak patuh SOP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seusai menjuarai pertandingan sebuah program malam tadi, penyanyi Cliff Umar memohon maaf di atas keterlanjurannya dalam menyampaikan ucapan kemenangan.

Vokalis Projek Pistol itu berkata, dia tidak berniat untuk memperlekehkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak Covid-19.

Dia juga tidak bermaksud untuk membuat mana-mana pihak terasa hati di atas kata-kata yang dilemparkannya sewaktu rancangan itu sedang bersiaran secara langsung.

“Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat mana-mana pihak berkecil hati,” katanya.

Cliff atau nama Islamnya Abdullah Umar Joseph Abdullah mengundang perhatian umum khususnya pada pengguna alam maya yang meninggalkan komen di pelbagai platform media sosial menyatakan penyanyi itu tidak menjaga sensitiviti ramai pihak.

Ia terutama buat petugas barisan depan yang bertungkus lumus mengekang wabak berkenaan.

Namun, Cliff, 38, menyifatkan topeng pelindung muka menyebabkan dia tidak berasa selesa dan alat itu menganggunya untuk memberi ucapan.

“Apa saya saya maksudkan adalah bercakap atas pentas dengan memakai topeng pelindung muka adalah sukar. Justeru, saya terpaksa tanggalkan topeng pelindung muka tersebut,” katanya.