Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Diharapkan kontak rapat saya buat ujian saringan’

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pelakon dan personaliti media sosial Harris Annuar menasihatkan kontak rapatnya sejak dua minggu terakhir membuat ujian saringan Covid-19.

Ini susulan dia disahkan Covid-19 setelah pulang daripada bercuti di Langkawi.

"Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Harris disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam.

Dia kini sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan pagi tadi.

Sementara itu, katanya, dia menjalani kuarantin di rumah bersama seorang rakannya yang turut didapati positif.

“Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan,” katanya.

Dia berkata masih menunggu panggilan rasmi Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut serta memohon maaf atas segala kesulitan.