Al Jafree nak saman, Ellie jawab: Silakan...
Pengarah filem Al Jafree Md Yusop menuntut agar Ellie Suriati Omar tampil memohon maaf sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang susulan dakwaan dibuat pelakon terbabit semalam.
Al Jafree yang juga penulis skrip berkata, jika Ellie Suriati gagal berbuat demikian dia akan memulakan proses saman kerana berpendapat pengarah dan pelakon itu membuat dakwaan tidak berasas.
“Tergelak baca. Bila baca tulisannya, saya anggap Ellie ni kelakar. ‘Sunyi’ kalau tanpa dia.
“Dia menulis sesuatu tidak benar sedangkan dana itu ditawarkan Finas kepada penerbit bagi tujuan pemasaran Mencari Rahmat.
“Dan apabila rujuk peguam, katanya saya boleh ambil tindakan untuk saman fitnah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam, Ellie Suriati mendakwa Al Jafree ada memohon dana AMP (Advertisement Marketing and Promotional) untuk memasarkan filem Mencari Rahmat.
Komen itu disertakan dengan imej keratan akhbar memetik kenyataan Al Jafree mengkritik Finas kerana memberi tumpuan pada lesen dan dana secara berlebihan berbanding perkara lain.
Kenapa nak sentap
Secara sinis, penerbit Mencari Rahmat Mohd Noor Kassim pula mengeyakan kenyataan Al Jafree sambil membahasakan dirinya "akak" melalui hantaran di Facebook.
"Ni akak nak bagitau Penanggal, akak tak minta dana AMP tu, tapi akak ditawarkan untuk minta sebab Mencari Rahmat tu dah siap, bongok. Bukan ambil dana, tapi filem tak siap.
"Tak tahu cerita baik diam. Orang kritik untuk majukan industri, kalau ambil tak boleh kritik ke?" katanya.
Untuk rekod Ellie Suriati merupakan pengarah dan penulis skirp untuk filem Penanggal yang diterbitkan pada 2013.
Menurut Al Jafree lagi, dia memberi tempoh dua hingga tiga hari untuk Ellie Suriati membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tuduhan ke atasnya.
“Dia kononnya 'menganjing' saya sebab banyak kritik Finas sebelum ni. Kononnya saya mohon dana tapi mengecam Finas pada masa sama.
“Jika tiada permohonan maaf, saya teruskan saman,” katanya.
Sementara itu, Ellie memberitahu Malaysiakini dia bersedia untuk disaman dan tetap enggan memohon maaf kepada Al Jafree.
“Dia buat kelakar ke apa? Jika nak saman, silakan. Tapi kenapa dia perlu sentap?” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai