Skip to main
Logo Malaysiakini

Elizabeth Tan dah kahwin?

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ruang komen akaun Instagram Elizabeth Tan dihujani ucapan tahniah daripada peminat selepas tersebar imej memaparkan penyanyi itu bersama seorang lelaki melangsungkan perkahwinan di hadapan paderi.

Bapa Elizabeth, David Tan Suan Chew pula memuat naik sekeping foto memperlihatkan anaknya itu berdiri di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Mengiringi hantaran tersebut, David menulis keterangan memaklumkan Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu merupakan anak perempuan terakhirnya.

“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai 'majlis perkahwinan' yang berlangsung serta hantaran itu juga telah diturunkan kemudian.

Seorang pengguna Instagram, dipercayai rakannya, menggunakan akaun @_esthygram_ turut berkongsi imej di sekitar majlis tersebut.

Sementara itu, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan komen Elizabeth masih belum berjaya.

Berdasarkan tinjauan pada Instagram miliknya, Elizabeth memuat naik status menyatakan dia sudah berkahwin: “Okey, Lizzy nak kongsi dari hati, sebelum kamu dengar berita ni dari media. Lizzy dah kahwin, swipe up kalau nak tengok video kahwin Lizzy.”

Tidak pasti sama ada ia adalah gurauan ataupun tidak apabila Elizabeth meminta pengikut Instagramnya untuk swipe up sekiranya mereka ingin mengetahui kebenaran.

Namun, dua pautan yang diberikan itu, satu, mengarah ke video muzik lagu Beku, nyanyiannya bersama penyanyi Hazama dan satu lagi untuk Never Gonna Give You Up, dendangan Rick Astley.

Terdahulu, Elizabeth pernah mengundang kontroversi kononnya sudah berkahwin apabila dia memuat naik video Beku sambil memaparkan dia mengenakan gaun perkahwinan.

Penyanyi Semua Sudah itu bagaimanapun menjelaskan apa dilakukannya hanya bertujuan mempromosi video muzik lagu tersebut.