Skip to main
Logo Malaysiakini

Video dipercayai pelawak pukul lelaki di jalan raya tular

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Video kejadian pukul dipercayai melibatkan seorang pelawak tular di media sosial sejak malam tadi.

Insiden berkenaan yang dirakam seorang pengguna jalan raya memaparkan pelawak terbabit merangkul leher lelaki tersebut sambil memukul kepalanya.

“Apalah (nama didakwa pelawak terbabit) ni,, benda sikit-sikit pun...,” kata perakam video tersebut.

Dalam keadaan marah pelawak itu didengar menjerkah lelaki terbabit sambil berkata: “Hang tau dak aku sapa (siapa)?”

Dia kemudian dilihat cuba ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki berkenaan dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Tidak diketahui bila dan lokasi kejadian itu berlaku.

Sebelum ini, pelawak sama pernah mengundang perhatian ramai apabila dia melakukan kekerasan terhadap seorang warga tua kira-kira dua tahun lalu.

Dia dikenakan denda selepas mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan di sekitar Negeri Sembilan itu.