Pemuisi anjur baca puisi maya buat Palestin
Sokongan warganegara Malaysia terhadap rakyat Palestin yang diserang tentera Zionis Israel terus dizahirkan dengan pelbagai cara, kali ini menerusi penganjuran program baca puisi secara maya bertajuk ‘Puisi Buat Palestin’ mulai hari ini hingga 24 Mei.
Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) Radzuan Ibrahim dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh itu, orang ramai boleh menghantar rakaman bacaan puisi berdurasi maksimum empat minit bertemakan ‘Kemanusiaan Sejagat’ ke laman Facebook Pemuisi Berkarya.
Beliau berkata logo Pemuisi dan tanda pagar #PuisiBuatPalestin #PemuisiNasional juga haruslah diletakkan sekali.
Radzuan berkata mereka yang berminat juga bagaimanapun tidak dibenarkan menggunakan sebarang gambar dan muzik yang tertakluk kepada Akta Hak Cipta.
Setiap peserta yang memenuhi syarat penyertaan akan diberikan sijil, katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai