Skip to main
Logo Malaysiakini

Ketakutan Cruise jadi kenyataan di set penggambaran

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Nampaknya situasi paling ditakuti Tom Cruise sejak lima bulan lalu benar-benar menjadi kenyataan apabila beberapa pelakon dan kru produksi Mission Impossible 7 didapati positif Covid-19.

Situasi berkenaan bukan saja mengakibatkan penggambaran membabitkan seramai 60 pekerja itu terpaksa dihentikan selama 14 hari, malah menyebabkan aktor serba boleh itu perlu mengkuarantinkan diri.

Cruise yang ketika ini perlu sentiasa mengawasi sebarang gejala serta mengelak kontak rapat dengan yang lain dilaporkan berdiri hanya beberapa meter dari kru dijangkiti wabak tersebut.

Kejadian berlaku sewaktu penggambaran babak di sebuah kelab malam bersama empat penari dan 10 pekerja yang kemudian disahkan positif Covid-19, lapor The Sun.

Jumlah keseluruhan kru kira-kira 60 orang, namun kesemuanya perlu menjalani kuarantin kendiri 14 hari. Hal yang berlaku turut menjejaskan jadual penggambaran.

Terdahulu, tular audio suara pelakon Top Gun itu memaki beberapa pekerja kerana mereka tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Jika saya melihat kamu buat lagi, kamu dipecat. Dan jika sesiapa dalam penggambaran ni buat, kamu dan kamu jangan buat lagi,” katanya.

Dalam audio sama, Cruise juga berkata, filem baru terbitannya itu mencipta ribuan peluang pekerjaan dan dia tidak mahu membawa risiko kepada sesiapa hanya kerana industri perfileman semakin merudum kerana Covid-19.

“Kita tak akan menutup filem ni, faham? Jika saya lihat kamu buat begitu lagi, you’re f-king gone,” katanya.

Penggambaran Misson Impossible 7 dijadual bermula semula pada 14 Jun ini. Filem itu dijadual menjengah layar perak pada 22 Mei tahun depan.

Selain menjadi penerbit Cruise juga bertindak sebagai pelakon utama Mission Impossible dengan wataknya sebagai Ethan Hunt.

Cruise, 58, dan 60 kru di Warner Bros Studios menjalani penggambaran baru projek filem itu di Leavesden, Hertforshire, kira-kira 25 kilometer dari barat laut London.