Skip to main
Logo Malaysiakini

Didakwa amang seksual, polis cari 'safieyillias94' dan 'pipinatasha'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’, yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang telah melihat pautan Instagram secara langsung di atas penama kedua-dua mereka yang berpakaian secara mencolok mata.

Selain itu dia berkata, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak terbabit.

“Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek, boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

-Bernama