Skip to main
Logo Malaysiakini

Penyanyi D'Masiv dituduh lakukan gangguan seksual

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta, kini dituduh melakukan gangguan seksual ekoran dakwaan seorang ahli keluarga penulis kelahiran Ambon di Maluku, Denny Sakrie.

Dakwaan itu dibuat individu yang mengendalikan akaun Denny selepas penulis itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2015.

Dikenal pasti sebagai adik Denny, individu terbabit mendakwa anak perempuannya dihubungi Rian yang kemudian mengajak bertemu di sebuah bilik hotel di Bali.

“Sebuah cerita @RianEkkyP menggoda anak saya. Disuruh datang ke bilik hotel di Bali. Telefon menggunakan media sosial jam 3 pagi.

“Kata nak selesaikan hari ni dan Rian cakap sanggup datang tapi dia tak muncul? Chicken (penakut)?” ciap akaun tersebut.

Sementara itu CNN Indonesia melaporkan pihak pengurusan kumpulan D’Masiv sedang menyiasat isu berkenaan namun setakat ini belum berhubung dengan pihak keluarga Denny.

Jurucakap pihak pengurusan, Sisil, pada masa sama meragui dakwaan tersebut malah mendedahkan memang ramai orang menghubungi Rian melalui media sosial untuk mengajak penyanyi itu berjumpa.

Selain terkenal sebagai penulis, Denny juga diketahui menjadi pemerhati muzik semasa hidupnya.