Caprice: Sekali dah pasang niat ke Gaza, jangan patah balik
Penyanyi hip hop Caprice berkata sekali dia melangkah untuk ke Gaza dia bertekad untuk terus melangkah dan tidak akan menoleh ke belakang demi membawa misi kemanusiaan buat penduduk wilayah itu.
“Saya diberitahu, bila dah (pasang) niat ke Gaza, jangan patah balik,” katanya melalui Insta Story.
Caprice malam tadi berkongsi sebuah rakaman klip video dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menyatakan dia mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk meninggalkan negara ini.
Video itu juga memaparkan Caprice berjalan melalui balai pelepasan memakai sut, tali leher dan mafla dengan hiasan bendera Palestin.
Pemilik nama asal Ariz Ramli itu berkata dia bertolak seorang diri selepas mendapat kebenaran pada saat akhir.
“Tolong doakan untuk saya, Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk Kaherah-Gaza. Cuma kena pergi ke sana seorang diri malam ni (malam tadi).
“Maafkan segala salah dan silap, halalkan makan dan minum. Insya-Allah satu hari nanti, saya akan buat anda semua bangga.
“Demi ummah, rakyat, negara. #rapatkansaf2040,” katanya.
Penyanyi Baby Sayang itu sebelum ini meluahkan hasrat untuk mengikuti jejak langkah jejak langkah pendakwah dan usahawan Ebit Lew yang mendapat kebenaran berangkat ke Mesir sebelum cuba memasuki Gaza melalui pintu sempadan negara itu bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Caprice, 32, berkata pada asalnya di merancang untuk pergi ke Gaza pada awal Jun tetapi terpaksa menangguhkan penerbangannya kerana perintah kawalan pergerakan 3.0.
Untuk rekod, Caprice aktif berkongsi pandangan mengenai isu Palestin dan Israel sehingga terciptanya lagu baru berjudul Koyak (butthurt) - istilah yang digunakan bertujuan menjatuhkan moral Zionis - hasil kolaborasi bersama seorang lagi rapper, MeerFly.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai