Siti Sarah risau kandungan bila pembantu rumah positif Covid-19
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mengakui jantungnya bagai hendak gugur bimbangkan keadaan bayi dalam kandungannya yang kini mencecah tujuh bulan apabila dimaklumkan pembantu rumahnya positif Covid-19.
Siti Sarah, 36, berkata, anaknya-anaknya mengalami gejala demam serta mereka sekeluarga baru saja selesai menjalani ujian calitan sebentar tadi.
“Jantung ni macam nak jatuh bila dapat tahu pembantu rumah positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah, yang risau anak-anak dan bayi dalam perut ni.
“Kami sekeluarga baru saja selesai jalani ujian calitan, harap tak ada apa-apa,” katanya.
Menurutnya, dia tidak dapat memikirkan siapa akan menguruskan anak-anaknya nanti sekiranya dia dan suaminya Shuib dijangkiti wabak tersebut.
“Ya Allah, berderau darah Sarah ni. Macam-macam benda Sarah fikir kalau Sarah dan suami positif macam mana dengan anak-anak.
“Jika anak-anak positif pula siapa nak jaga mereka di pusat kuarantin nanti. Minta dijauhkan ya Allah,” katanya.
Menurut penyanyi Izin Darinya itu, ketika ini dia perlu kuat kerana sedang hamil sekali gus memohon doa daripada orang ramai.
“Saya kena kuat, bayi dalam perut dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan saya dan keluarga,” katanya.
Siti Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 27 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai