Skip to main
Logo Malaysiakini

Che Ta terkilan dapat kata-kata kesat dari Diva AA

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pelakon Rozita Che Wan mengakui terkilan apabila Azwan Ali menujukan kata-kata kesat terhadapnya susulan pakaian yang digayakan sewaktu menghadiri janji temu vaksin baru-baru ini.

Katanya, dia tidak menjangka Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA sanggup bertindak sedemikian sedangkan mereka diyakini tidak mempunyai masalah apa-apa sebelum ini.

“Saya tak tau pasai pa (fasal apa) dia boleh tergamak tulis perkataan ***** mak hang kat saya.

“Dalam tahun ni saja tiga kali kami berjumpa, berborak, ambil gambar, berswafoto dan ada juga dia buat panggilan video.

“Pertama, jumpa untuk tahun ni, saya jadi tetamu untuk Lagu Cinta Kita, lepas tu kami jalani penggambaran dalam Pung Pang Rizalman Raya dan sebelum perintah kawalan pergerakan kami ada penggambaran masakan,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilalui itu menyebabkan dia perlu lebih berhati-hati dengan individu yang dipercayai gemar bersikap ‘talam dua muka’ selepas ini.

Jelasnya, individu sedemikian hanya tahu berpura-pura baik apabila berdepan saja.

“Betullah kata orang, kalau di depan mulutnya manis, balik belakang, lain (pula) bicara.

“Tapi tak sangkalah kan, kadang-kadang orang yang kita dah lama kenal, yang kita rasa tak ada masalah dengan dia, yang kita rasa dia baik dengan kita rupa-rupanya kita kena ‘baik-baik’ dengan orang macam ni.

“Hati orang kita tak tahu kan. Semoga manusia macam ni Allah bagi dia hidayah supaya dia tidak dianggap sampah, Allahu Akbar,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Azwan untuk maklumat lanjut.