Skip to main
Logo Malaysiakini

Abang Siti Sarah kini ditidurkan di ICU

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Abang Allahyarham Siti Sarah yang sebelum ini dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor sekarang ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Shuib melalui hantaran di Instagram hari ini.

Justeru pelakon, pelawak dan ahli perniagaan itu memohon orang ramai mendoakan agar Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Abang ipar saya iaitu abang kepada arwah dimasukkan ke ICU. Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raisuddin semoga diberi kesembuhan segera,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Firdaous dimasukkan ke Hospital Serdang akibat jangkitan Covid-19. Ketika doktor datang ke rumahnya, bacaan oksigen dilaporkan menurun 93 peratus.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas bertarung nyawa melawan Covid-19.

Penyanyi Sandarkan Pada Kenangan itu menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari

Allahyarham melahirkan anaknya secara tidak sedar melalui pembedahan pada 6 Ogos lalu.