Iqbal anggap usia bukan penghalang dengan Vida, cuma...
Meskipun timbul cakap-cakap belakang mengenai kisah jalinan hubungannya dengan Vida, bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik itu, Ahmad Iqbal Zulkefli (Iqbal) tidak melihat perasaan yang timbul seperti bertepuk sebelah tangan.
Secara peribadi, Iqbal berkata, dia juga tidak melihat ia sebagai penghalang biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka.
Namun, kata Iqbal, dia tidak berani untuk menterjemahkan perasaan itu lebih daripada apa yang sepatutnya.
“Saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan.
“Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga.
“Masa dia bercerai pun, saya ada di sisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,” katanya.
Kata Iqbal lagi, hubungan dan perasaan itu dlihat terus terbatas apatah lagi memikirkan perasaan anak Vida, Cik B juga perlu dijaga.
“Cik B tak mahu ibunya terus terluka. Justeru, selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan.
“Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes.
“Jika ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia tidak bersemangat. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,” katanya.
Kisah hubungan antara Vida dengan Iqbal kembali hangat diperkatakan baru baru ini susulan sesi siaran langsung antara usahawan sensasi Aliff Syukri yang memetik kisah jodoh Vida dengan pemuda itu.
Malah Aliff sendiri mahu Vida berkahwin saja dengan bekas pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam penulisan kreatif itu.
Iqbal, 27, sendiri turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan dan dikongsi di laman Instagramnya.
Bagi Iqbal yang turut meneroka dunia niaga produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi (Iba Perfumes), kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun tersebut sebenarnya agak merumitkan.
“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan.
“Sejak dulu sampai satu tahap saya dianggap 'anak ikan'nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami sebenarnya antara majikan dan pekerja.
“Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya.
“Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai