Lebih sebulan tanggung sakit, Elyana akhirnya mengalah
Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat mengakui dia terpaksa “mengalah” untuk dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas lebih sebulan menanggung kesakitan.
Penyanyi itu berkongsi mengenai keadaan terkini kesihatannya melalui Instagram miliknya malam tadi serta mengiringi hantaran itu dengan imej dia mendapatkan rawatan.
“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah,” katanya.
Pemilik nama penuh Erneelya Elyana Emrizal itu menghidap kanser sejak 10 tahun lalu namun merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum.
Penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu hanya mengumumkan tahap kesihatannya selepas tersingkir pertandingan realiti Gegar Vaganza 4 pada November 2017.
Pada hantaran sama, Elyana, 34, turut berkongsi beberapa proses rawatan yang harus dijalani.
“Ujian Covid-19 memang wajib, esok check jantung, lusa buat tomografi positron pelepasan (PET), seterusnya kemoterapi.
“Bismillahirrahmannirrahim, kamu boleh buat Nana,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara terperinci perkembangan keadaannya.
Kebelakangan ini, penyanyi yang juga popular melalui lagi Kalis Rindu itu kelihatan sentiasa positif berjuang melawan penyakitnya dengan berkongsi momen bersama suami, Khairul Anuar Husin dan dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah, 10, serta Cahaya Ramadani, dua tahun.
Bulan lalu Elyana juga mengakui berat badannya menunjukkan peningkatan positif daripada 35 kilogram (kg) kepada 49 (kg).
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai