Skip to main
Logo Malaysiakini

Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Aktivis Palestin Dr Tahir Abdul Rahman yang juga bapa penyanyi Faizal Tahir dilapor meninggal dunia awal pagi tadi ketika usianya mencecah 71 tahun.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi anaknya, penyampai radio Zayan, Anas Tahir, melalui hantaran di Instagram.

“Terima kasih Allah, terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih abah.

“Kami amat sayang menyayangimu. Innalillahwainnailaihiroji'un,” katanya.

Allahyarham adalah bekas pensyarah di Universiti Malaya dan aktivis Aqsa Syarif iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara Arab yang bergolak.

Seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir turut berkongsi berita dukacita itu di akaun Facebook miliknya.

“Bagi yang mengenali ayah kami, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, dia telah kembali ke rahmatullah jam 3.40 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Faizal melalui Instagram miliknya memuat naik paparan berwana hitam sebagai berkongsi perasaan dialaminya ketika ini dengan catatan ringkas mengiringi hantaran tersebut.

Innalillahwainnailaihiroji'un,” katanya.