‘Perlukah mereka nasihat saya dengan penuh kebencian?’
Usahawan kosmetik kontroversi yang mendapatkan perlindungan di Australia Nur Sajat menegur kembali kaedah nasihat golongan agama terhadapnya.
“Mati saya antara saya dan tuhan saya, bukan mereka yang boleh hakimi saya.
“PU (Pencetus Ummah), ustaz, mereka dah jalankan tanggungjawab nasihat saya.
“Tapi perlu ke mereka nasihat dengan penuh kebencian?” soal mak nyah yang diburu Malaysia atas kesalahan syariah itu.
Dalam wawancara atas talian bersama pelakon komedi Harith Iskander, Sajat membandingkan nasihat kepadanya berbanding dakwah terhadap golongan bukan Islam.
"Kadang saya terfikir kenapa mereka boleh mengislamkan orang tapi orang dalam Islam tak dilayan dengan kasih sayang?
“Saya sedih, trauma," katanya yang mendapatkan perlindungan di Australia.
Pada akhirnya dia manusia - Harith
Sementara itu, Harith berkata lebih 6,000 orang menonton wawancara itu.
Berkaitan Sajat, Harith membuat kesimpulan:
"Pada akhirnya, tetamu saya, Nur Sajat adalah seorang manusia. Dia mengakui dia tidak sempurna.”
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai