Dah pandai cakap 'orang putih', Sajat diundang dalam The Ellen Show
Usahawan kontroversi Nur Sajat Kamaruzzaman mendakwa dia akan diwawancara dalam program terkenal di Amerika Syarikat, The Ellen Show oleh hos, Ellen DeGeneres.
Sajat berkongsi perkara itu melalui siaran langsung di akaun TikTok miliknya, @sajat.issa.
“Pada Januari depan saya akan merancang untuk ke Amerika Syarikat untuk ditemubual dalam program The Ellen Show.
“Saya juga mula pandai bercakap bahasa orang putih dan saya akan terbang, terbang dan terbang,” katanya.
Sajat turut memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk pulang ke Malaysia semula.
“Selepas tu saya akan pergi ke Singapura untuk bercuti pada Februari pula. Jadual saya padat tau,” katanya.
Malah, dia memaklumkan lebih selesa dan selamat di Australia.
Ahli perniagaan itu berpindah ke Australia selepas diberikan suaka di sana.
Sajat mendedahkan dia berjaya lolos ke Australia dan meninggalkan Malaysia untuk menetap di sana pada 18 Oktober lalu.
Untuk rekod pada 6 Januari lalu, Sajat dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai