Skip to main
Logo Malaysiakini

Neelofa lepas kes langgar SOP di Nilai

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

  • Dikemas kini dengan tambahan kenyataan peguam.

Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, lapor Astro Awani.

Firdaus menetapkan 21 Disember bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, peguam bela tidak mahu kes mahkamah itu berlarutan kerana anak guamnya sedang hamil.

"Dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil, tidak sesuai untuk kita jalankan kes ini dan sebaiknya kita ambil jalan paling mudah," dia dipetik sebagai berkata ketika ditemui di mahkamah.

Neelofa pada Mei lalu didakwa melakukan perjalanan rentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan selepas dia memuat naik gambar dan video di media sosial.

Selain kes itu, Neelofa sebelum ini dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar SOP semasa majlis perkahwinannya pada 27 Mac serta membuat perjalanan rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah.